Archive for May, 2007
wow.. 1 juta CAD ( canadian Dollar) … Bila nak dapat cam ni ? berangan ni ?. Ini lah check yang di terima oleh sebuah laman web dating dari Canada yang popular plentyoffish.com . Gambar dibawah diambil dari blog CEO plentyoffish.com yang menunjukkan dia sedang memegang check bernilai 901,733.84 lebih kurang 1 juta CAD. Anda boleh baca artikel nya kat sini
Penat sungguh, tapi 2 orang askar yang di bawa nih, boleh melompat-lompat lagi. Nih gambar posing anakku No 2. iZat , posing manja di tepi katil. Hehe ..
Tak lama lagi nak gi Australia , tak tau le camana. Harap boleh sesuaikan diri kat sana. Hmm… ni photo syakir terbaru nanti sampai sana akan di update. Kepada yang mengenali , boleh ler pos kan komen ker , Ucapan ker atau ape -ape saja yang terbuku dan terbeku di hati kat sini. Hehe .. Saja nak test kamera baru beli nih. Tak pandai pakai lagi dok tengah belajar fungsi - fungsi nye. ok..
Assalamualaikum wbt Hari ini Hari guru , Walaupun aku seorang guru tetapi aku pernah menjadi murid , menjadi pelajar kapada seorang guru, dan sekarang pun masih berguru. Selamat Hari Guru kepada guru-guru seMalaysia terutama yang pernah mengajar dari tadika hinggalah ke Universiti. kepada rakan -rakan guru selamat berjuang demi anak bangsa. Cikgu Arshad , Cikgu nahar , cikgu Nizam, dan cikgu-cikgu semuanya yang saya kenali , ingatlah daku dihari guru ini walaupun tahun ni tak dapat nak sambut bersama tapi dah terbatuk2 ni mesti ader yang sebut.. hehe Terima Kasih diatas jasa anda semua (guru-guru) dan yang paling penting, (Tazkirah Ust Saiful - PKG Tg Malim) So sekali lagi Terima Kasih Cikgu-cikgi yang mendidik, ikhlaskan diri anda kerana Allah.
kepada para ibu kami
di tanganmu kami titipkan embun di dadamu kami sematkan cinta dan di lehermu kami kalungkan bunga agar para lelaki kami selalu kuat dan teguh mengayuh sampan menyeberangkan anak-anak dalam samudera meskipun di gelap gulita Dengan itu, di masa depannya anak-anak kami tidak meraba matahari tetapi mendekap purnama Kepada para perempuan kami Terima Kasih ibu Untuk semua yang kau berikan.
Anda sekarang telah berjaya mendaftar akaun E-Gold anda. Anda perlu memasukkan wang ke dalam akaun E-Gold anda. Ini boleh dilakukan dengan menukarkan wang ringgit anda ke E-Gold. Misalannya, anda berikan RM50 kepada E-Gold exchanger. Mereka akan memasukkan emas bernilai RM50 ke dalam akaun E-Gold anda. Mereka juga akan mengenakan sedikit caj untuk perkhidmatan mereka. Caj ini ditolak terus dari RM50 ini. Mereka umpama money exchanger atau pengurup wang yang anda biasa lihat di mana-mana. Tetapi mereka ini adalah virtual dan berada di dalam Internet sahaja.
Nilainya adalah di dalam emas yang berubah nilainya setiap minit. Jadi, jika anda telah menukarkan Ringgit anda ke Emas dalam bentuk gram, nilai wang anda bergantung sepenuhnya kepada nilai emas di pasaran antarabangsa. Anda boleh pantau bila-bila masa Emas anda di dalam E-Gold dengan login ke dalam akaun anda bila-bila masa. Di sini anda boleh lihat berapa gram emas yang anda ada dan juga nilai emas anda di dalam US dollar. Jadi anda boleh menerima E-Gold dari sesiapa yang akan menghantar E-Gold mereka melalui akaun mereka ke dalam akaun anda. Kemudian, apabila baki E-Gold anda sudah banyak, anda sudah boleh menunaikan. Kesemuanya melalui Internet sahaja.
Malam ni sambung nak siapkan projek kepujian(IT) Open University.Pening kepala den buat koding ‘php’ asyik kuar error jer….hehe.
Assalamlaikum.. So, setakat ni tengah perkemaskan lagi blog ni. Sesapa nak poskan komen boleh ler, bagi ler idea sikit. |