Archive for the ‘ICT’ CategoryNi gambar masa ambik sijil dan hadiah pemenang mencipta logo MyPSA ….http://mypsa-wa.org ….. yg bagi sijil tu Dr Mohd Nasir Abu Hassan Director MSDA(Malaysian Student Department In Australia).
Internet connection speeds Kalau nak tahu berapa laju sambungan internet anda cubalah test speed kat web ni. http://www.speedtest.net. Lihat berapa lajunya sambungan internet anda (demo acu cuba try test hehe… laju tak). Hari tu sempat sekali test kelajuan dan hasilnya Lihat kat bawah.
Kelajuan kat sini lebih kurang 1802 kbps Downloads dengan sambungan testra Bigpond. Itupun sebab langgan hanya 1.5 mbps shj. Kalau yang mahal sikit ADSL2+ boleh sampai 28 mbps … fuh kalau dapat yang ni best kan..
48642 kbps lebih kurang 48mbps laju tuh… tapi ni bukan ADSL le … ni guna cable, saya test ni kat Curtin University.
This is not a joke !!! This cheap cooling system can keep cool your pc temperature, betwen 0ºC (32ºF) and 10ºC (50ºF)
Anda sekarang telah berjaya mendaftar akaun E-Gold anda. Anda perlu memasukkan wang ke dalam akaun E-Gold anda. Ini boleh dilakukan dengan menukarkan wang ringgit anda ke E-Gold. Misalannya, anda berikan RM50 kepada E-Gold exchanger. Mereka akan memasukkan emas bernilai RM50 ke dalam akaun E-Gold anda. Mereka juga akan mengenakan sedikit caj untuk perkhidmatan mereka. Caj ini ditolak terus dari RM50 ini. Mereka umpama money exchanger atau pengurup wang yang anda biasa lihat di mana-mana. Tetapi mereka ini adalah virtual dan berada di dalam Internet sahaja.
Nilainya adalah di dalam emas yang berubah nilainya setiap minit. Jadi, jika anda telah menukarkan Ringgit anda ke Emas dalam bentuk gram, nilai wang anda bergantung sepenuhnya kepada nilai emas di pasaran antarabangsa. Anda boleh pantau bila-bila masa Emas anda di dalam E-Gold dengan login ke dalam akaun anda bila-bila masa. Di sini anda boleh lihat berapa gram emas yang anda ada dan juga nilai emas anda di dalam US dollar. Jadi anda boleh menerima E-Gold dari sesiapa yang akan menghantar E-Gold mereka melalui akaun mereka ke dalam akaun anda. Kemudian, apabila baki E-Gold anda sudah banyak, anda sudah boleh menunaikan. Kesemuanya melalui Internet sahaja. |