Archive for the ‘Make money’ Category

May
20
Check 1 juta CAD , Adsense
Filed under (Make money) by Cikgu Zaidi @ 06:05 pm

wow.. 1 juta CAD ( canadian Dollar) … Bila nak dapat cam ni ? berangan ni ?. Ini lah check yang di terima oleh sebuah laman web dating dari Canada yang popular plentyoffish.com . Gambar dibawah diambil dari blog CEO plentyoffish.com yang menunjukkan dia sedang memegang check bernilai 901,733.84 lebih kurang 1 juta CAD. Anda boleh baca artikel nya kat sini

1 Million CADcheck

Entah bila ler boleh sampai check sebesar itu.Kalau betul caranya dengan adsense ni memang boleh buat duit woo. Dapat satu kali check macam tu , boleh makan sampai cucu cicit.

Kepada sesapa yang nak memulakan adsense, mulakan dari sekarang sebab ianya percuma. Free la!!!. Sesapa pun boleh daftar tapi dengan syarat mesti ada laman web. Yang takder boleh gak apply pakai blog.Daftar blog juga percuma. boleh pi kat Blogger.com atau wordpress.



May
09
Bagaimana Menukarkan Ringgit Malaysia Anda Ke E-Gold
Filed under (ICT, Make money) by Cikgu Zaidi @ 11:12 pm

Anda sekarang telah berjaya mendaftar akaun E-Gold anda. Anda perlu memasukkan wang ke dalam akaun E-Gold anda. Ini boleh dilakukan dengan menukarkan wang ringgit anda ke E-Gold.
e-goldSecara ringkasnya, anda boleh lakukan ini dengan perkhidmatan E-Gold exchanger.Mereka ini akan menukarkan wang ringgit anda ke E-Gold untuk anda. Anda perlu berikan wang kepada mereka. Mereka kemudian akan memasukkan E-Gold ke dalam akaun anda secara automatik.

Misalannya, anda berikan RM50 kepada E-Gold exchanger. Mereka akan memasukkan emas bernilai RM50 ke dalam akaun E-Gold anda. Mereka juga akan mengenakan sedikit caj untuk perkhidmatan mereka. Caj ini ditolak terus dari RM50 ini.

Mereka umpama money exchanger atau pengurup wang yang anda biasa lihat di mana-mana. Tetapi mereka ini adalah virtual dan berada di dalam Internet sahaja.
Read the rest of this entry »



May
08
Apa Itu E-Gold?
Filed under (ICT, Make money) by Cikgu Zaidi @ 08:52 pm

 e-gold
Secara ringkasnya, E-Gold adalah seperti mana-mana matawang seperti Ringgit, US Dollar, Yen dan lain-lain. Tetapi perbezaannya, ia adalah digital - bermaksud semuanya dalam bentuk digital di simpan di Amerika Syarikat.

Nilainya adalah di dalam emas yang berubah nilainya setiap minit. Jadi, jika anda telah menukarkan Ringgit anda ke Emas dalam bentuk gram, nilai wang anda bergantung sepenuhnya kepada nilai emas di pasaran antarabangsa.

Anda boleh pantau bila-bila masa Emas anda di dalam E-Gold dengan login ke dalam akaun anda bila-bila masa. Di sini anda boleh lihat berapa gram emas yang anda ada dan juga nilai emas anda di dalam US dollar.

Jadi anda boleh menerima E-Gold dari sesiapa yang akan menghantar E-Gold mereka melalui akaun mereka ke dalam akaun anda. Kemudian, apabila baki E-Gold anda sudah banyak, anda sudah boleh menunaikan. Kesemuanya melalui Internet sahaja.

Read the rest of this entry »